TELCOM 2 U...

Sunday, September 5, 2010

TELCOM 2 U...: ANTENNA

TELCOM 2 U...: ANTENNA: "Definisi Antena:-  http://www.emeasat.com/antennas.htmlAntena atau arial adalah bahan yang dibina daripada 1 atau lebih bahan pengalir ele..."

Thursday, September 2, 2010

How Satellites Work

JENIS-JENIS SATELIT


JENIS-JENIS SATELIT

Terdapat 7 jenis satelit iaitu :-
JENIS SATELIT
KEGUNAAN
CONTOH
SATELIT ANTARA BENUA
  • Memberi kemudahan telefon ke seluruh dunia dan litar-litar data.
IntelSat I,II,III,IV,V,VI dan TelSat II
SATELIT DOMESTIK
  • Penyiaran TV ,sambungan telefon tempatan dan antarabangsa
NIK , WESTAR
SATELIT PENYIARAN TV
  • Penyiaran TV
JBS (Japan Broadband system)
SATELIT TERMINAL MOBILE
  • Perhubungan kapal dan kenderaan bergerak
MARISSAT dan INMARSAT
SATELIT TUJUAN KHAS
  • Perhubungan dan pandu arah bagi kapal terbang
AEROLOTICEL
SATELIT DOMESTIK MULTIPLE ACCESS
  • Menyediakan rangkaian perhubungan untuk syarikat atau kerajaan
SBS (Sat business system)
SATELIT PENYELIDIKAN
  • Perhubungan untuk tujuan penyelidikan angkasa lepas
NASA (National Aeronautic Space Admin)

SATELIT

APA ITU SATELIT???


http://id.wikipedia.org/wiki/Satelit


  • Satelit adalah sejenis medan yang tidak berpandu berputar pada orbit  dan biasanya dilancarkan untuk tujuan komunikasi. Kelajuannya adalah seragam dengan tarikan graviti. Satelit digunakan untuk perhubungan jarak jauh bagi isyarat gelombang mikro.Satelit yang digunakan akan diletakkan pada orbit geopegun iaitu pada jarak 25,800km ke atas daripada garisan khatulistiwa.Perhubungan satelit memerlukan 3 elemen penting iaitu stesen bumi pemancar, satelit dan stesen bumi penerima. Transponder yang terdapat pada bahagian satelit digunakan untuk menukar isyarat frekuensi dan dihantar ke bumi.Pemancar menghantar isyarat ke satelit ionosfera, dikuatkan oleh satelit yang memancarkannya kembali ke bumi. Apabila isyarat sampai ke satelit, isyarat akan ditukar kerana jarak satelite downlink adalah berterusan dan pada masa yang sama terdapat isyarat yang terkeluar dan ini berkemungkinan akan mengganggu isyarat yang hendak dihantar. Bagi satelit yang rendah, ia memerlukan kelajuan yang yang tinggi bagi mengelak satelit daripada ditarik keluar daripada orbit. Pada ketinggian 100 batu, satelit berputar pada kelajuan 17,500 km/j untuk tempoh ½ jam bagi kembali atau kekal pada orbitnya. Pada ketinggian 22,282 batu pula, ia mempunyai kelajuan 6300 km/j untuk kembali pada orbit bagi tempoh 24 jam. 




PENGELASAN SATELIT
Satelit boleh di kelaskan kepada dua iaitu
  1. Satelit Pasif
  2. Satelit Aktif

SATELIT PASIF



Satelit Pasif berfungsi sebagai pemantul atau reflector yang hanya dapat memantulkan semula gelombang radio balik semula ke bumi. Bagi satelit pasif, frekuensi up-link biasanya bersamaan dengan frekuensi down-link. Oleh yang demikian isyarat yang di terima oleh stesen penerima di bumi biasanya lebih lemah kerana mengalami rosotan.

SATELIT AKTIF

Satelit Aktif pula bertindak sebagai pengulang atau repeater yang berkebolehan untuk menguatkan isyarat yang diterima dari stesen pemancar dibumi dan seterusnya memancarkan semula gelombang ke stesen penerima. Stesen penerima di bumi akan menerima isyarat yang lebih kuat kerana frekuensi up-linknya adalah tidak sama dengan frekuensi down-link.

CONTOH-CONTOH ANTENA

ANTENA YAGI

 RABBIT EARS

LOOP ANTENA


LOG PERIODIC

MICROWAVE HORN

CIRI-CIRI ANTENA

Terdapat 3 ciri antena iaitu: 
  • Kearahan (directivity)

  • Kearahan merupakan ciri yang menunjukkan arah pancaran atau kebolehan antena memancar atau menerima isyarat pada arah yang ditentukan
  • Ini penting kerana ianya memastikan kuasa yang dipancarkan pada arah yang dikehendaki dan untuk mengelakkan antena daripada menerima isyarat dari semua arah 
  • Kearahan biasanya dinyatakan sebagai corak pancaran atau gambarajah kutub (polar Diagram). 

    •   Lebar alur (beamwidth)

    • Lebar alur adalah ukuran bagi kearahan antena
    • Merupakan sudut bagi corak pancaran dibahagikan dengan tenaga terpancar atau tenaga penerima
    • Diukur pada corak pancaran antena berarah pada sudut 3dB  

      • Corak pancaran 

      Corak pancaran antena berarah
      Corak pancaran antena isotropik
      • Corak pancaran merupakan gambaran grafik bagi kekuatan medan elektrik yang dihasilkan oleh antena
      • Ianya terbahagi kepada dua iaitu antena berarah dan antena isotropik 
      • Antena berarah menumpukan tenaga pancaran pada arah-arah tertentu sahaja 
      • Antena isotropik merupakan pancaran berbentuk omnidirectional iaitu memancar secara seragam ke semua arah

        Wednesday, September 1, 2010

        ANTENNA

        • Antena atau arial adalah bahan yang dibina daripada 1 atau lebih bahan pengalir elektrik yang mempunyai panjang tertentu untuk memancarkan gelombang radio.
        • Antena dibina daripada bahan pengalir dan terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz dimana panjang pengalir mempengaruhi frekuensi penghantaran isyarat.
        Jenis-jenis antena :- 
        • Terbahagi kepada 2 antena asas iaitu:-
          • Antena Dipole
            Antena Monopole
            • Antena Dipole 
            • Antena Monopole